RM 36,000.00
In Stock

Payment Method, Shipping Terms & Refund Policy

Pengenalan

Sejarah penggunaan Implant Benang Emas boleh dikesan sehingga zaman silam Egypt, dengan penemuan emas pada mayat awet Egypt silam. Insiden implant emas dan menggosok kepingan emas pada permukaan muka telah direkodkan dalam penulisan di India dan China yang silam, yang menjadi asas implant perubatan moden benang emas sebagai astetik.

Pakar bedah France, Caux merupakan doktor pertama yang menjalankan implant benang emas ke atas manusia untuk memperbaiki tekstur kulit, pengenduran dan pengurangan kedutan. Semenjak itu, para penyelidik perubatan dari Eropah dan US telah mengambil bahagian dalam penyelidikan, pemajuan dan pembaikan implant benang emas. Japan dan Korea turut bersama-sama menyertai pertandingan sejak abad ke-20, justerunya membawa beberapa evolusi kepada implant benang emas, iaitu dari aspek benang emas itu sendiri, dan teknik implant yang digunakan.

Oleh sebab kekangan teknikal, implant benang emas tidak boleh memberikan suatu penyelesaian kepada semua jenis masalah kulit, kerana diameter benang emas yang besar boleh digunakan untuk menaikkan tisu kulit tetapi tidak dapat diimplant pada kawasan yang mempunyai profil kulit yang nipis. Benang emas yang cukup kecil untuk implant di kawasan kulit yang nipis mempunyai diameter yang sangat kecil, lalu tidak dapat memberikan kesan yang memuaskan dalam menaikkan kulit. Benang emas yang dimajukan di Sepanyol datang bersama benang asid poliglikol, di mana ia akan menyebabkan reaksi alergi selepas implant.

Sejak tahun 2006, Institut Penyelidikan Bioperubatan, Switzerland, yang merupakan sebuah institusi perubatan yang terkemuka dalam perubatan astetik memulakan penyelidikan untuk menggabungkan kebaikan teknik implant benang emas dan akhirnya suatu benang emas yang dapat digunakan untuk menaikkan tisu kulit, memperbaiki kecerahan kulit, tekstur kulit pada masa yang sama, dan juga sangat berkesan dalam membuang kedutan dan kesan hitam – Derma Emas Bioaktif Benang Emas telah dicipta, di mana ia dapat menstimulasikan sintesis matriks kulit dan salur darah, serta rejuvenasi kulit dalam masa 3-6 bulan.

Benang Emas Bioaktif Derma Emas telah dihasilkan dengan menggunakan teknologi yang terkini dan yang berpaten oleh seorang pengeluar peralatan perubatan dari Spain, ia telah diperbuat daripada 24k 99.99 emas perubatan yang tulen, diproses menggunakan teknologi bio-serasi berpaten oleh Institut Penyelidikan Bioperubatan, Switzerland, lalu menjadikan Derma Emas Bioaktif Emas suatu nutrien yang hebat yang tidak akan ditolak oleh badan manusia tetapi boleh digunakan sebagai pemangkin pelbagai proses biokimia, seperti sintesis matriks kulit, elastin, asid hiluronik dan lain-lain. Derma Emas Bioaktif Emas juga akan bertindak sebagai agen pembina angiogenesis dan antiseptik semulajadi, lalu menjadikan ia penyelesaian bagi kulit gelap (yang terjadi apabila kurang aliran darah di sekeliling mata) dan jerawat.

Indikasi

Derma Emas Bioaktif Benang Emas adalah dihasilkan dengan menggunakan teknologi Swiss yang telah dipaten bagi implant di Derma Papillae, digabung dengan penggunaan teknik implant yang dipaten, untuk merangsang sisntesis matriks kulit, angiogenesis, anti-inflamasi dan kesan memperbaiki tisu, dengan indikasi untuk keadaan berikut:

  1. Penaikkan tisu yang kendur: Dengan teknik implant yang turut dijayakan oleh Institut Penyelidikan Bioperubatan, Switzerland dan PHRI Biotech Sdn Bhd, ketegangan Derma Emas Bioaktif Benang Emas mampu menaikkan tisu yang kendur, menjadikan ia sebagai penyelesaian kepada kulit mata yang kendur, dagu berlapis dan garis senyuman yang ketara.
  2. Pengurangan kedutan: Derma Emas mampu mengstimulasikan sintesis matriks kulit dalam masa yang singkat selepas implant, iaitu kolagen yang menegangkan kulit, dan elastin yang melicinkan kulit, maka implant benang emas dapat memenuhi kaviti subdermal yang menyebabkan kedutan, lalu ia diindikasikan untuk garisan nipis kedutan muka, naso-labial, kedutan di sekitar kelopak mata, leher dan kedutan bukan fizikal yang lain.
  3. Memperbaiki parut: Derma Emas boleh menyebabkan tindak balas imun yang akan menghilangkan tisu parut, dengan merangsang inflamasi transien untuk menghilangkan tisu parut, diikuti oleh pemulihan tisu kulit normal untuk menghasilkan pencerahan dan penghilangan parut.
  4. Pemuat tetap: Derma Emas boleh diimplant secara padat untuk merangsang sintesis matriks kulit setempat, bagi menghasilkan pemuat yang tetap di bahagian subdermal (sehingga 10-15 tahun) supaya parut dapat dibaiki, seperti parut jerawat dan sebagainya.
  5. Angiogenesis:Formasi jaringan salur darah di kawasan implant untuk memperbaiki peredaran darah, lalu memperbaiki kompleksi kulit, yang penting dalam memperbaiki kesan hitam pada kulit.
  6. Anti-radang: Derma Emas adalah satu bentuk antiseptic semula jadi yang boleh menghapuskan hampir semua jenis kulit keadaan radang disebabkan oleh bakteria atau virus, yang menjadikannya paling berkuasa dan tiada kesan sampingan . Oleh itu, ia dinyatakan dalam rawatan klinikal jerawat dan lain-lain masalah kulit radang.

Kontraindikasi

Kehamilan, keadaan kencing manis yang tidak stabil dan pesakit psikiatrik.

Kandungan

Setiap kotak Derma Emas mengandungi 6 Derma Emas Bioaktif Benang Emas, dan setiap benang adalah 50cm panjang dan 0.13mm dalam diameter, setiap benang telah disteril dan dibungkus dalam bungkusan logam (metalik foil).

Arahan Penggunaan

Bergantung kepada jenis kulit seseorang individu itu, setiap 50cm Derma Emas Bioaktif Benang Emas boleh diimplant pada permukaan kulit bersaiz 25-50cm persegi untuk merangsang angiogenesis dan untuk menghilangkan inflamasi kulit. Derma Gold boleh diimplant dalam bentuk benang lurus, atau dalam bentuk gulungan, bagi menghasilkan ketegangan bagi tujuan penaikkan. Ketegangan dapat ditingkatkan dengan meningkatkan kepadatan dan jarak di antara gulungan. Derma Emas juga boleh dipotong kepada kepingan yang kecil untuk kepadatan yang lebih untuk restorasi parut dan kedutan yang dalam.

Derma Emas Bioaktif Benang Emas boleh diimplant pada mana-mana bahagian badan, iaitu, pada bahagian muka, abdomen, pinggang, paha dan kelopak mata, dahi dan sebagainya, untuk menegangkan kulit, atau menghilangkan kesan regangan kulit selepas mengandung. Teknik implant yang dijayakan oleh Institut Penyelidikan Bioperubatan, Switzerland adalah kurang invasif, menjadikan implant tersebut tidak sakit dan tidak banyak atau kurang pendarahan. Doktor yang melaksanakan implant mesti menjalani latihan dan pemerhatian serta pernilaian di Institut Penyelidikan Bioperubatan, Switzerland dan PHRI Biotech Sdn Bhd, untuk menjalankan prosedur ini dengan secara selamat dan berkesan.

Kestabilan Produk

Elakkan daripada cahaya matahari dan jauhkan daripada kanak-kanak.

Histologi kulit mikroskop menunjukkan bukti bahawa implant Derma Emas boleh merangsang sintesis matriks kulit, gambar mikroskop di bawah menunjukkan Derma Emas yang diimplant telah disaluti dengan lapisan kolagen, elastin dan matriks kulit yang lain.

Rondo W Jr. , Vidarte G, Michalany, N. Histologic Study of the Skin with Gold Thread Implantation. Plast Reconstr Surg. 1996; 97(1):256-8.

Caesar RH, Friebel J, McNab AA. Upper lid loading with gold weights in paralytic lagophthalmos: a modified technique to maximise the long-term functional and cosmetic success. Orbit. 2004; 23(1):27-32.