RM 9,000.00
In Stock

Payment Method, Shipping Terms & Refund Policy

Pengenalan:

UGCG merupakan protein gen yang terletak di dalam kromosom ke-9 manusia, yang terdiri daripada 853 molekul asid amino.

Kajian klinikal menunjukkan bahawa samaada haiwan atau manusia, aktiviti gen UGCG menentukan kekedutan dan kekeringan kulit. Waktu muda, banyak ceramides dihasilkan di pemukaan kulit. Keupayaan badan untuk mensintesis ceramide menurun dari masa ke masa, ini menyumbang kepada degradasi, pengeringan dan penuaan kulit seseorang.

Penyelidikan perubatan genetic baru menunjukkan bahawa bilangan UGCG gen dalam wanita yang mempunyai kulit kering sememangnya mempunyai kiraan yang lebih rendah daripada orang yang mempunyai kulit lembut. Ini mengakibatkan penuaan kulit mereka. Sebaliknya, wanita yang mempunyai kulit licin adalah kerana aktiviti gen UGCG dalam badan mereka lebih tinggi. Kulit mereka akan mengeluarkan lebih ceramide , membolehkan kulit mereka kelihatan lebih berkilat & cerah.

Dekad lalu, pakar-pakar perubatan Jepun telah mula memerhatikan & mengkaji aktiviti gen UGCG dengan teliti cuba untuk mendapatkan faktor peransangan gen tersebut dan mengkaji kemungkinan menggunakannya sebagai elemen perangsangan dalam aplikasi penjagaan kulit di segi perubatan estetik. Pada tahun 1980, gen UGCG sebagai faktor perangsangan akhirnya telah ditemui. Selepas kajian haiwan & manusia di Vivo dan Vitro, akhirnya pada tahun 2013, Solusi Sel Induk Ceramide Pic menjadi ejen pelicinan dan kecantikan kulit dunia yang paling selamat & boleh dipercayai.

Solusi Sel Induk Ceramide Pic diekstrak dari sel induk ceramide pic – iaitu struktur seperti saluran darah merah di pusat buah pic.

Kini, Solusi Sel Induk Ceramide Pic telah dibuat dalam aplikasi, boleh mengawalselia & meningkatkan gen UGCG yang ada pada kromosom ke-9 manusia, menggalakkan sintesis semula jadi ceramide kulit. Ia menyekat pembentukan kedutan, menggalakkan pembentukan tekstur kulit & meningkatkan kelembapan, memupuk kulit berkilat, memberikan satu rawatan kelicinan kulit yang cepat dan selamat untuk semua.

"Ceramide pic berkesan menggantikan ceramide kulit yang hilang sewaktu penuaan."

Lebih kurang 5 mg ceramide pic sel induk boleh diekstrak dari setiap pic segar bersaiz sederhana. Kandungan setiap ampul setara dengan anggaran 1000 biji pic segar.

Indikasi:

Sebahagian kompound yang kulit anda gunakan secara semulajadi untuk mengekalkan kelembapan boleh didapati dalam buah pic. Minyak pelembab biologi yang aktif ini dikenali sebagai ceramide atau phytoceramide.

Ceramides pic adalah serupa dengan ceramides kulit di segi kimia. Ia membenarkan individu tua memulihkan pelindung kulit yang turun semulajadi. Keputusan ini tidak dapat dihasilkan dalam aplikasi topikal kosmetik.

Oleh kerana ciri mengekalkan kelembapan, ceramides ditambah kepada solekan asas dan gincu bibir untuk melembapkan dan melindungi kulit yang terdedah kepada cahaya matahari, angin, kimia alam sekitar, dan kerosakan akibat proses penuaan.

Syarikat-syarikat kosmetik di seluruh dunia telah menumpukan usaha penyelidikan yang menyeluruh dan sejumlah wang yang besar untuk menyempurnakan ceramides secara topikal demi memulihkan dan menghidratkan penuaan kulit. Dalam perkembangan saintifik utama, saintis Jepun menemui terapi klinikal disahkan dapat menyampaikan nutrien penting untuk kulit -- Solusi Sel Induk Ceramide Pic.

Phytoceramides terdapat dalam banyak jenis makanan. Tetapi, proses penulenan yang spesifik diperlukan untuk mengeluarkan dan memekatkan ceramides untuk mencapai tahap terapeutik dan bio kesediaan yang optimum -- sementara mengekalkan struktur molekul tertentu. Tahap ceramides merosot dengan ketara dengan peningkatan usia. Phytoceramides tumbuhan telah dinyatakan dapat menggantikan kehilangan ceramides yang hilang dengan berkesan melalui penumpahan normal sel, kerosakan kulit, dan penuaan. Ceramide pic dihantarkan cekap ke lapisan stratum corneum epidermis. Kajian terbaru mencadangkan cara penyampaian ini boleh meningkatkan fungsi ceramides pic.

Ceramide pic menggalakkan kulit ditekstur semula, kulit terasa lebih lembut & licin, menyokong kolagen kulit agar dapat wajar yang lebih teguh, meningkatkan kejelasan & tona kulit, mengurangkan penampilan kedutan & garis-garis halus, mengurangkan kekasaran & kekeringan, meningkatkan penghidratan kulit anda agar terasa segar & seimbang.

Arahan:

Solusi Sel Induk Ceramide Pic boleh digunakan dengan pelbagai frekuensi tertakluk kepada indikasi. Secara umum, dinasihati menggunakan 1 ampul berselang hari dengan 30 ampul sebagai satu kursus. Dos boleh ditambahkan sewajarnya untuk mencapai keinginan individu.

Setiap ampul ( 10ml ) mengandungi:

Prunus Persica (Pic) Ekstrak 1000mg
Sel Induk Ceramide Pic 3  2500mg
Sel Induk Ceramide Pic 6 II 2500mg
Setara dengan anggaran 1000 biji pic segar.

Langkah Waspada:

Tidak sesuai untuk orang yang sensitive kepada produk yang berkiatan dengan buah pic.

Simpanan :

Simpan di tempat yang sejuk dan kering, elakkan daripada cahaya matahari dan jauhkan daripada kanak-kanak.

ISO 9001:2000Buatan Jepun
KKM Reg. No: NOT 141202020K