RM 3,500.00
In Stock

Payment Method, Shipping Terms & Refund Policy

Penerangan Produk

Diekstrak dari plasenta segar Rusa Sika Switzerland yang terunggul. Ia mengandungi asid amino yang kaya, polisakarida pelekat, gonadotropin, Vitamin E dan B siri, menapai (asid malic dan hydracid) dan pelbagai mineral seperti kalsium, fosforus, zat besi, zink, tembaga, dan sebagainya. Solusi Plasenta Rusa Berkepekatan Tinggi adalah 100% tulen dan semulajadi, ia dihasilkan melalui proses emparan unik dan proses pembekuan kering pada suhu rendah untuk mengekalkan kandungan elemen bio-aktif yang penting.

Dengan faktor pertumbuhan & faktor pemindahan yang kaya, ekstrak adalah 20: 1 ; iaitu 1000mg bahan aktif yang pekat diekstrak dari 20,000 mg plasenta rusa yang segar.

Indikasi

Plasenta segar Rusa Sika kaya dengan sumber nutrien dan faktor-faktor pertumbuhan, ia serupa dengan plasenta manusia di segi bio-kimia. Salah satu komponen utama adalah asid hyaluronik semula jadi dalam plasenta rusa. Asid hyaluronik membantu dalam meningkatkan kualiti kulit, fungsi sendi, dan memperbaiki penglihatan.

Plasenta rusa juga mengandungi "Insulin-like growth factor-1" (IGF 1) yang berkepekatan tinggi untuk menggalakkan pertumbuhan tisu dan meningkatkan kesihatan organ-organ. Hampir setiap organ dalam badan kita dipengaruhi oleh faktor IGF 1 ini, termasuk hati, buah pinggang, tulang, tulang rawan, sel-sel saraf, hormon pertumbuhan, dan proses sintesis DNA. Ia mengandungi asid amino yang kaya untuk memupuk penghasilan kulit yang muda berseri, melicinkan kedutan, memperbaiki tekstur, keanjalan / ketegangan, firma & memberi tenaga kepada kulit, memutihkan & mencergaskan kulit, mengurangkan penampilan selulit supaya kulit kelihatan cergas.

Rusa dianggap sebagai haiwan yang "berperingkat tinggi" dan plasenta rusa amat serupa dengan plasenta manusia dari segi bio-kimia. Ia adalah berkhasiat dan selamat untuk digunakan. 

Kebaikan Solusi Plasenta Rusa Berkepekatan Tinggi:

Lain-lain

Dalam usaha untuk memastikan keselamatan pengguna, plasenta diuji dan ditulenkan untuk mengecualikan komponen yang berbahaya. Protein yang tertentu dalam plasenta juga boleh disterilkan melalui proses pensterilan. Plasenta rusa dipercayai oleh para saintis sebagai sumber zat bioaktif utama, mengandungi hormon dan faktor pertumbuhan yang diperlukan untuk mmenjamin kesihatan yang baik.

Dos

Dos Solusi Plasenta Rusa Berkepekatan Tinggi berbeza-beza bergantung pada keadaan dan jangkaan individu. Dos pemulihan yang disarankan adalah 2 ampul berselang hari dengan 60 ampul sebagai satu kursus. Dos boleh ditambah sewajarnya untuk mencapai keinginan individu. Secara umumnya, ia berbeza-beza mengikut jenis kulit & kecergasan fizikal individu.

Bungkusan

Setiap kotak mengandungi 10 ampul (2ml setiap ampul).

Kandungan

Ekstrak Placental Rusa Sika                   1000 mg
Sama dengan 20 gram (20,000mg) plasenta segar.

Kontraindikasi

Tidak sesuai untuk orang yang hipersensitif kepada produk yang berkiatan dengan plasenta.

Penstoran

Simpan di tempat yang sejuk dan kering, elakkan daripada cahaya matahari dan jauhkan daripada kanak-kanak.

 

ISO 9001:2000Buatan Switzerland

KKM Reg. No: NOT 141100948K

Kod Produk: A503