RM 25,000.00
In Stock

Payment Method, Shipping Terms & Refund Policy

Pengenalan

Pada tahun 1928, biologi Amerika Syarikat yang bernama Thoman Hunt Morgan telah menemui bahawa kromosom merupakan pembawa bahan genetik dan dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi. Terdapat sejumlah 23 pasang kromosom (46 kromosom) dalam badan manusia, dan setiap kromosom mengandungi ribuan gen. Dengan perubatan genetik, rawatan untuk penyakit genetik dan rejuvenasi fungsi badan telah menjadi kenyataan, dengan merangsang gen di dalam badan manusia. Institut Penyelidikan Bioperubatan, Switzerland telah menerajui penyelidikan dengan pelbagai penemuan dalam bidang perubatan genetik.

Selepas penemuan gen pemutih dan obesiti, Institut Penyelidikan Bioperubatan, Switzerland kini telah menemui LHX3, yang juga dikenali sebagai "Gen kencang" dalam kromosom ke-9 manusia. Aplikasi klinikal telah menunjukkan keupayaan LHX3 dalam memantapkan semua organ di dalam badan dengan menetap semula fungsi kawalan endokrin kelenjar pituitari, memantapkan semua tisu-tisu badan yang kendur dan memulihkan kemantapan organ-organ penting.

Kelenjar pituitari sebagai kelenjar utama dalam sistem endokrin badan, yang mengawal hampir semua fungsi badan melalui pengeluaran hormon pituitari. Pada tahun 1997, Profesor Biologi Sel, Dr. Kathleen A. Mahon dari Universiti Perubatan Houston, America Syarikat, menyorot peranan penting protein LHX3 dalam perkembangan kelenjar pituitari semasa tahap embrio, di mana bekalan berterusan protein genetik LHX3 akan memastikan perkembangan normal kelenjar pituitari embrio. Melalui kajian haiwan, beliau mendapati bahawa penindasan terhadap protein genetik LHX3 akan menyebabkan gangguan pada perkembangan kelenjar pituitari. Oleh itu, aktiviti berterusan LHX3 Skin Restorer akan menjamin bio-komunikasi antara kelenjar pituatri dan organ-organ lain, memastikan keseimbangan dan kestabilan aktiviti di dalam badan.

Pada tahun 1942, Prof. John H. Musser dari Universiti Perubatan Louisiana, America Syarikat, telah mencipta ekstrak pituitari oral menggunakan kelenjar pituitari anak lembu untuk merawat sembelit kronik dan hipotensi. Ekstrak pituitari posterior digunakan untuk merawat rahim yang tidak bertenaga, kejutan, dan kencing yang tidak terkawal, manakala ekstrak pituitari anterior digunakan untuk merawat asma, obesiti disebabkan ketidakseimbangan hormon, dan keletihan. Walaupun bahan tersebut mempunyai kesan terapeutik yang sangat baik, pembangunan ekstrak pituitari terhalang oleh kekangan teknikal dan bahan. Penemuan LHX3 Skin Restorer telah membawa harapan kepada Institut Penyelidikan Bioperubatan, Switzerland dalam penyelidikan bioperubatan lanjut. Akhirnya, mereka berjaya mengekstrak protein genetik ini daripada fetus domba berumur 13 minggu, dengan teknologi bioperubatan berpaten terkini pada tahun 2005. Telah terbukti bahawa protein genetik LHX3 mampu rejuvenasi kelenjar pituitari dalam haiwan dewasa dan menyingkirkan kebanyakkan masalah kesihatan dengan memulihkan fungsi kawalan endokrin kelenjar pituitari melalui kajian haiwan.

Pada tahun 2010, Prof. Kathleen A. Mahon, Prof. Alexander Zhadanov, ahli mikrobiologi Institut Kanser Jefferson, dan Prof. Bedrich Mosinger, Pengarah Institusi Genetik Molekul, Republik Czech, memperkenalkan Skin Restorer LHX3, yang boleh digunakan sepenuhnya oleh tubuh manusia untuk mencapai rejuvenasi, mempertingkatkan aktiviti pituitari, memulihkan aktiviti endokrin dan meransangkan organ-organ manusia dalam tempoh 24 jam!

Indikasi

Skin Restorer LHX3 yang diekstrak dari fetus kelenjar pituatri domba mempunyai tahap persamaan yang tinggi dengan struktur molekular protein genetik LHX3 manusia. Tiada kesan penolakkan (rejeksi) diperhatikan dalam kajian rawatan antara spesis. Skin Restorer LHX3 adalah selamat dari segi aplikasi klinikal bagi keadaan seperti yang berikut:

  1. 1. Restorasi dan pengecutan organ reproduksi selepas kelahiran, contohnya faraj, rahim, ovari, dan organ endokrin;
  2. 2. Memperbaiki bahagian usus dan motiliti kolon, sebagai rawatan untuk masalah penghadaman dan sembelit kronik;
  3. 3. Memperbaiki semua kesakitan kronik yang disebabkan oleh konduksi bioelektrik yang lemah;
  4. 4. mengelakkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh peredaran darah yang kurang baik;
  5. 5. Keseimbangan aktiviti endokrin dengan mempertingkatkan bio-komunikasi antara kelenjar pituatri dan sistem endokrin periferal yang lain;
  6. 6. Augmentasi bahagian dada yang selamat dan semulajadi dengan aplikasi tetap;
  7. 7. Menghindar keguguran rambut dan penuaan kulit.

Kontraindikasi

Kehamilan, ibu yang menyusu, tekanan darah tinggi dan hipersensitif terhadap kandungan produk ini.

Dos

Dos adalah berlainan berdasarkan keadaan setiap individu yang berbeza. Pengguna disarankan untuk mengguna 2 ampul setiap 5 hari, dengan 10 ampul sebagai satu kursus. Penggunaan dos yang lebih tinggi boleh dicadangkan mengikuti situasi yang berbeza, tetapi harus dilakukan di bawah pengawasan profesional perubatan yang terlatih. Penggunaan Skin Restorer LHX3 boleh menyebabkan sedikit ketidakselesaan, misalnya cirit-birit, sakit kepala, peluh sejuk, kekejangan otot, pengecutan rahim dan faraj dan lain-lain, yang boleh berlanjut selama 1-3 jam.

Bungkusan

Setiap kotak mengandungi 10 ampul (1ml setiap ampul).

Kandungan

Sel Derma Lysate Berbiri                  1200 mcg

Penstoran

Simpan dalam keadaan sejuk dan kering, elakkan pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari. Jauhkan daripada kanak-kanak.

 

Buatan Switzerland

KKM Reg. No: NOT171201324K

Kod Produk: A508